Friday 5 December 2014

Aktiviti aku sepanjang awal tahun 2014.

Assalamualaikum,

Lama tak membebel dlm blog kan......byk jugak laaaa aktiviti yg Ros dah buat. Di antara yg terbaru ialah, membuat Roti.

Hahaha.....seronok rupanye menguli roti ni....& byk kali jugaklah ros buat eksperimen, baru laaaa menjadi.

Kali ni, Ros nak berkongsi pula, bagaimana nak buat roti. Kesimpulannye, buat roti yg paling asas, simple dan tak byk ramuannye. Ok, jom tgk apa bahan2nye......

Bahan2nya :
*- 250 gram Tepung Roti / High Protein (boleh carik kat kedai supply bahan2 kek tu)
*- 50 gram Margerin (admin guna margerin Pelangi)
*- 1/2 sudu kecik Bread Improver (boleh carik kat kedai yg sama jugak)
*- 1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat manis (admin pakai susu pekat)
*- 1/2 sudu kecik Garam Halus
*- 1 biji Telur Gred B
- 50 gram Gula Kastor
- 1 sudu kecik Yis kering
- 105 ml/gram Air Suam (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara2nya :
Masukkan semua bahan-bahan yg bertanda (*) dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula. Sebelum tu kita kena bancuh air suam 105ml tu bersama 50g gula, pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih.....kemudian gaul rata bahan2 yg bertanda (*) sehingga semua sebati. Bila nmpk yis tu dah kembang, cepat2 campurkan bersama bahan2 yg kite dah gaul tadi & mulalah menguli. Pastikan masuk air yis tu sikit demi sedikit. Kalau dah pro, oklah masuk semua....hehehe....

Kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang pula utk kepuasan maksimum...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, dulang pun dulang lah. Uli guna tangan lebih kurang 5 ke 10 minit...sehingga doh betul2 kental. Pastu tutup dengan plastic atau tutup lah dgn apa2 kain pun boleh...biarkan selama 30 minit atau sehingga doh kembang jd double tripple..


Lepas dah kembang...bulat-bulatkan doh atau ikut selera mata anda nak lagu mana...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk tidak bagi melekat sangat doh tu kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..kalau nak isi inti dalam doh pun boleh, tapi ni admin buat basic dulu, kalau dah expert gila, mgkn lah sumbat inti, kemudian susun dlm loyang pilihan yg telah di sapukan dengan margerin, kemudian biarkan seketika selama 45minit - 1 jam..bila dah nmpk doh tu naik kembang balik jd double triple boleh lah sapukan campuran kuning telur atas dia.

Untuk sapukan atas doh tu, guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar...
Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..




Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..





So itulah dia.....roti ros yg Alhamdulillah, jadik jugak akhirnyeeee........so selamat mencuba uollssss....

No comments:

Post a Comment